Rabu, 9 Februari 2011

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah ini satu permulaan yang baik.. Jambatan untuk aku meneruskan karya, yang sebelum ini tidak pernah aku coretkan.. Realiti dan kenyataan, keinginan dan harapan aku kisahkan melalui tulisan dan bahasa.. walaupun ia bukan dari mata pena,walau ia juga tanpa suara, namun cukup aku rasakan kepuasannya...

Bukan ingin membuka rahsia, sekadar ingin berkongsi rasa..

kembara hidup yang telah hampir 22 tahun berlalu, menjadikan aku lebih mengenali siapa sebenarnya diriku.. pelbagai warna telah tercorak sepanjang tempoh menuju ke alam kedewasaan ini.. mendidik aku menjadi seorang yang berani melangkah dan menerima apa pun yang bakal terjadi..

Aku dilahirkan di bandar, ditengah2 kota kuala lumpur itu aku membesar. hanya sesekali pulang ke desa nenda tercinta, mana sempat aku menghirup suasananya yang penuh ketenangan dan keseronokan.. ada dusun,ada sungai,tangkap berudu,main lumpur,panjat pokok, makan buah… memang seronok! hanya sehari dua didesa,esoknya kan pulang ke bandar jua… Suatu ketika dahulu,aku juga seperti kanak – kanak yang lain, lumrah nya di zaman itu pastinya aku juga seorang yang agak nakal, lincah dan suka mencuba sesuatu yang baru. Rasa iri di hati melihat orang dewasa, mereka mampu melakukan apa sahaja, memiliki apa pun yang mereka ingini.. sementara aku? di tegah melakukan ‘itu’,’ini’… ahhh… ‘kamu budak2 lagi, bahaya..!’ sesuatu yang sukar untuk aku terima, sedangkan di hati sedang rancak bergelora.. lagi ditegah, lagi aku suka melakukannya… tersenyum nakal melihat orang dewasa itu leka melakukan kerjanya.. maka terbitlah idea difikiran, mencari helah dan membuat onar… akhirnya timbullah satu suasana yang membimbangkan, sedangkan senyuman kepuasan ku mula melebar…

zaman kenakalan memang menyeronokkan! namun, tidak selamanya kita mampu nikmati keindahannya... sedarlah aku, hakikat usia akan bertambah jua.. fikiran dan minda bukan lagi di takuk lama.. hadapilah kehidupan ini dengan tenang, meskipun pelbagai dugaan berat bertandang.. untuk esok, lusa, atau selama- lamanya, terimalah siapa diri kita seadanya.. tak perlu menyesal jika ditakdirkan impian kita tidak kesampaian, tetapi yakinkanlah diri sendiri untuk terus bertahan, kerana dunia hanya tempat persinggahan.. suatu hari nanti kita tetap akan 'meninggalkan'..

Rabu, 12 Mei 2010


Di lubuk derita ini,
Segalanya kelam dan sunyi,
Zulmat menghantui hari.,
Bagai tiada jalan keluar lagi..
Saban waktu merenung perjalanan,
Segalanya gelap dipandangan,
Biar bulan dipantul cahaya,
Biarpun bintang terang sinarnya,
Lidah tetap tidak mampu berkata-kata..
Namun, punya harapan dibalik hati,
Mengharap mimpi menjadi realiti..

Ahad, 2 Mei 2010


WAHAI TUHAN..
terima kasih hanya buatMU.
disini aku disalut Rahmat Cinta.
kerana masih ada Ayah dan Ibu....
WAHAI TUHAN..
Entah siapalah aku.
Andai terlantar seorang di jalan berliku..
Syukur Munajat UntukMU,
kerana aku tidak dilahirkan piatu...
WAHAI TUHAN..
setelah kau hantar kepulangan bahagia ini,
berilah aku kekuatan lagi,
untuk terus berbakti,
pada mereka yang bernama Ayah dan Ibu..
dalam Redha limpah KasihMU,
kerana siapalah aku tanpa Ayah Ibu......